Ingin menaik taraf hiasan dalaman rumah atau pejabat anda? Berikut adalah beberapa firma termasyhur di Malaysia untuk reka bentuk hiasan dalaman dan seni bina yang anda wajib tahu. Artikel ini diterjemah dari Top 20 interior design ID firms in Malaysia oleh Khairul. Bila tiba masanya, setiap pemilik rumah akan tertanya-tanya “Adakah saya memerlukan nasihat pakar reka bentuk hiasan dalaman?â€Â Sebenarnya, tiada jawapan yang mudah. Ia bergantung kepada situasi dan beberapa faktor lain seperti idea anda, masa dan ketersediaan anda, dan juga perancangan anda. Tidak boleh dinafikan bahawa mengambil khidmat pereka hiasan dalaman rumah atau arkitek yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang luas boleh menolong anda mendapat rumah impian anda. Pereka bentuk hiasan dalaman rumah atau arkitek boleh membantu anda dengan konsep dan idea yang sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup anda, sama ada hiasan bilik minimalis atau ruang tamu dengan reka bentuk dalaman Apabila anda mengambil pereka dalaman, anda bukan sahaja mendapat khidmat pakar mereka tetapi juga hubungan mereka dengan pelbagai peruncit. Maka, anda mempunyai lebih peluang untuk mencari reka bentuk atau produk tertentu, pada harga yang lebih Bekerja dengan pereka dalaman mempunyai banyak manfaat. Kami telah bekerjasama dengan salah satu platform terkenal di Malaysia bagi pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah, untuk membantu anda. Berikut adalah beberapa firma reka bentuk hiasan dalaman yang terunggul di Malaysia, serta maklumat penting untuk pengetahuan anda Berapakah kos pereka hiasan dalaman rumah di Malaysia? Perkara ini sangat subjektif dan bergantung kepada kepada gaya, keluasan rumah dan kepakaran pereka hiasan dalaman tersebut. Harga berbeza mengikut kehendak atau keperluan pemilik rumah. Berikut adalah anggaran kasar bayaran untuk pereka hiasan dalaman rumah di Malaysia Jenis hartanahHargaKondominiumRM50,000 to RM150,000Rumah TeresRM80,000 to RM250,000Rumah BerkembarRM100,000 to RM350,000BangloRM200,000 to RM600,000 *Penafian Ini hanya anggaran kasar. Anda perlu menghubungi syarikat reka bentuk hiasan dalaman dan meminta sebut harga. Apakah tiga industri yang paling banyak menggunakan pereka hiasan dalaman? Sebilangan besar pelanggan syarikat reka bentuk hiasan dalaman adalah Pemilik rumah Pemaju hartanah Pemilik kedai makan dan minuman F&B. Namun, ini tidak bermakna anda perlu tergolong dalam mana-mana kategori di atas untuk mendapatkan khidmat reka bentuk hiasan dalaman. Segalanya terpulang kepada kehendak anda. Hiasan dalaman dan reka bentuk rumah yang indah harus dihargai oleh orang ramai. BACA  Nak deko ruang tamu kecil? Ini 7 tips hiasan dalaman ruang tamu kecil yang anda boleh cuba Apakah firma reka bentuk hiasan dalaman terbaik di Malaysia? Kami menyenaraikan beberapa firma untuk membantu anda mencapai rumah impian anda! Semua syarikat reka bentuk hiasan dalaman rumah yang disenaraikan di bawah telah memenangi pelbagai anugerah “Atap Design Awards 2020â€. Anugerah tahunan ini mengiktiraf kecemerlangan reka bentuk hiasan dalaman di Malaysia dan menggalakkan bakat reka bentuk di kalangan pereka veteran dan baharu. Anda boleh yakin bahawa ini adalah antara bakat terbaik dalam industri, dengan rekod prestasi yang bagus dan sentiasa sedia 1. The Roof Studio, Kuala Lumpur © The Roof Studio Firma reka bentuk hiasan dalaman ini mengkhusus kepada ruang bertema moden, menggabungkan unsur-unsur kayu, tona hangat dan pelbagai elemen semula jadi untuk kediaman anda—sesuai untuk mereka yang menggemari reka bentuk rumah moden dengan sentuhan gaya desa rustic. Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang ini, pasukan The Roof Studio menawarkan reka bentuk yang hebat untuk semua pelanggan mereka. Firma reka bentuk hiasan dalaman ini juga telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Selain membantu anda merealisasikan rumah impian anda, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perunding reka bentuk hiasan dalaman dan perabot terbina khas untuk rumah anda. Untuk mengelakkan sebarang salah faham dalam komunikasi mengenai reka bentuk dan konsep, The Roof Studio akan menyediakan lakaran dan visual 3D sebelum memulakan sebarang kerja. Berikut adalah maklum balas mengenai The Roof Studio Bekerja dengan Ken amat mudah. Dia mempunyai banyak idea yang kreatif dan mampu memenuhi permintaan saya untuk penggunaan ruang dan reka bentuk yang terbaik untuk rumah yang selesa. Yang paling penting, kemahiran pengurusan projek Ken amat hebat. Dia menyiapkan projek tepat pada masanya dan mengikut bajet yang diberikan. – Mei Ann Kepakaran Reka bentuk bertema moden Laman web Instagram theroofstudio Alamat 11-2, Jalan USJ 10/1g, Usj 2, 47620 Subang Jaya, Selangor Telefon 016-661 4998 2. Rice Design, Johor © Rice Design “Seperti semangkuk beras, reka bentuk menyentuh kehidupan semua Berlandaskan idea asas ini, Rice Design bermula. Rice Design telah memenangi anugerah “Tema Reka Bentuk/ID Terbaik Tahun Ini†oleh Atap dan adalah salah perunding seni bina dan reka bentuk terkemuka di Johor Bahru. Portfolio syarikat ini menunjukkan kepakaran reka bentuk inovatif dan pemikiran “di luar kotak“ untuk semua pelanggan mereka. Mereka bukan sekadar menjual khidmat dan produk, tetapi juga menawarkan suatu gaya hidup. Tidak kira sama ada anda sedang mencari idea hiasan dalaman rumah yang sesuai seperti bilik tidur puteri atau ‘Baller’, mereka akan melakukan segalanya untuk memenuhi cita rasa anda. Kepakaran Reka bentuk bertemakan konsep dan kontemporari Laman web Instagram ricedesignsdnbhd Pelanggan terkenal The Coaster, Lafre, Broadway Sutera Alamat 0218, Jalan Bukit Indah 15, Taman Bukit Indah, 81300 Skudai, Johor Telefon 07-234 8233 3. Chaos Design Studio, Pulau Pinang © Chaos Design Studio Studio reka bentuk hiasan dalaman di Pulau Pinang ini mempunyai pelbagai jenis reka bentuk yang mendapat pengiktirafan kerana pendekatan reka bentuk yang tidak konvensional, perancangan yang bijaksana, kreativiti dan perincian yang teliti. Jangan biarkan nama Chaos Design membuat anda terpedaya, gaya reka bentuk dan proses syarikat ini sebenarnya amat teratur. Dengan kepakaran khusus dalam reka bentuk projek komersial, kediaman dan hospitaliti, syarikat ini menggunakan pendekatan kolaboratif untuk membuahkan idea dan konsep ruang yang kreatif. Selain daripada reka bentuk hiasan dalaman, Chaos Design Studio juga menyediakan reka bentuk seni bina, reka bina dan khidmat perundingan. Berikut adalah maklum balas mengenai Chaos Design Studio Charles dan pasukannya adalah pereka berbakat dengan pemahaman teknikal yang kukuh. Ini jelas melalui lakaran mereka yang boleh dihargai oleh sesiapa sahaja di dalam industri ini. Logik di sebalik setiap reka bentuk difikirkan dengan teliti dan mereka sentiasa bekerja keras dalam projek untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dari segala aspek bentuk dan fungsi, tanpa berkompromi. – Chua Soo Jack Kepakaran Reka bentuk bertema kontemporari, perindustrian dan kampung Laman web Instagram chaosdesignstudio Pelanggan terkenal Frank Laurent x Masons, Macalister Mansion, Wellings Alamat 206b, Jalan 10300 George Town, Pulau Pinang Telefon 04-262 6078 BACA Tips deco bilik tidur dengan bajet serendah RM400 4. IQI Concept, Selangor © IQI Concept Syarikat ini terkenal sebagai kurator projek yang bergaya dan sedia untuk didiami. Kepakaran mereka termasuk penyelesaian hiasan dalaman untuk pemilik hartanah yang inginkan persekitaran rumah atau pejabat yang sempurna sesuai dengan cita rasa, gaya hidup dan falsafah mereka tanpa kompromi kepada kualiti. Salah satu kualiti yang ketara IQI Concept ialah keterperincian untuk memastikan bahawa di setiap proses, dari konsep kepada sentuhan terakhir, dipelihara dengan sempurna. Mereka adalah pakar dalam reka bentuk moden dan kontemporari. Namun, jika anda mempunyai idea tersendiri, mereka juga boleh membantu untuk menjadikannya suatu realiti. Berikut adalah maklum balas mengenai IQI Concept IQI Concept telah berjaya melaksanakan kerja yang amat hebat untuk kami. Mereka telah mengubah suai rumah kami menjadi rumah impian yang bergaya. Idea dan konsep mereka amat unik. Reka bentuk hiasan dalaman dan pilihan warna mereka memang menarik. Semua permintaan kami diberi kepentingan dan dipadankan dengan pelbagai idea untuk rumah impian. Perkhidmatan pasca pengubahsuaian IQI Concept juga diselenggara dengan baik. Sebarang isu yang dibangkitkan akan diberi perhatian segera. Pasukan termasuk Encik Han Boon, Encik Louis, Cik Vivi, Encik Aaron, Encik Nick dan semua kakitangan layak diberi markah 5 bintang. Saya akan mengesyorkan IQI Concept kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya pada masa akan datang. – Cik Maalinay Kepakaran Reka bentuk minimalis, moden, perindustrian dan Scandinavia Laman web Instagram Pelanggan terkenal ATT Global, Manhattan Chic Wealth Boutique Alamat Block 4, VSQ PJ City Centre, 07-1, Jln Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-210 2262 5. Millimetre Design, Kuala Lumpur © Millimetre Design Ini adalah sebuah firma reka bentuk dalaman yang telah menjadi kurator pelbagai unit contoh yang memenangi anugerah. Millimetre Design di KL sesuai jika anda mahukan ruang dengan pelbagai jenis material dan kemasan menarik yang berbeza. Ini menghidupkan lagi ruang kediaman anda tanpa sebarang kepalsuan. Perkhidmatan mereka termasuk reka bentuk hiasan dalaman, pengurusan projek dan penyelesaian kontrak. Kepakaran mereka meliputi pelbagai projek termasuk kediaman, komersial, korporat, hospitaliti dan banyak lagi. Kepakaran Reka bentuk industri, retro, kontemporari dan minimalis Laman web Instagram Pelanggan terkenal Gamuda Gardens, Fifth Palete Alamat Pusat Perdagangan Bandar, Jalan Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur Telefon 010-208 2272 6. Alvinterior Concept, Selangor © Alvinterior Concept Firma ID ini terkenal dengan ruang mewah yang memancarkan aura kelas dan keanggunan. Mereka menawarkan pelanggan nilai estetika pelbagai reka bentuk yang berbeza bergabung secara harmoni untuk pengalaman unik yang mencerminkan personaliti pelanggan. Tidak seperti kebanyakan firma reka bentuk hiasan dalaman, mereka tidak mempunyai sebarang gaya khusus. Mereka percaya bahawa semua pelanggan unik dan mempunyai idea ini bebas untuk memenuhi setiap permintaan dan cadangan pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alvinterior Concept termasuk reka bentuk hiasan dalaman, perancangan ruang, pengurusan projek dalaman dan perunding pengurusan Berikut adalah maklum balas mengenai Alvinterior Concept Terima kasih kepada Alvin dan pasukannya kerana kerja yang sangat memuaskan. Akhir tahun lepas, saya mencari pereka hiasan dalaman untuk rumah pertama saya yang baharu. Hasilnya amat baik, saya memang suka sangat! Rumah ini telah disiapkan sebelum CNY, dalam tempoh 3 bulan seperti yang kami minta. – Eva Foo Kepakaran Reka bentuk bertemakan kontemporari, minimalis, perindustrian dan retro Laman web Instagram alvinteriorconcept Alamat C-13-08, Soho 1 empire damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-7611 3445 7. Box Design Studio, Kuala Lumpur © Box Design Studio Pasukan Box Design Studio mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri seni bina dan reka bentuk hiasan dalaman. Pasukannya mempunyai semangat kuat dan kecemerlangan kreatif, disokong oleh rangkaian artisan yang mahir dan komited untuk penyelesaian terbaik bagi ruang impian anda. Mereka bangga menyampaikan idea-idea yang disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pelanggan mereka. Apa yang mereka tawarkan bukan sekadar perkhidmatan, tetapi gaya hidup untuk kediaman anda. Berikut adalah maklum balas mengenai Box Design Studio Saya amat mengesyorkan Box Design Studio! Saya telah mengambil khidmat Lucas untuk mereka bentuk rumah saya. Dia memang sangat berbakat dalam bidang ini. Secara ringkas, saya memberitahunya jenis gaya yang saya inginkan untuk rumah saya dan dia melakar suatu imej di dalam kepala saya! Beliau juga seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Saya mempunyai pengalaman yang buruk dengan firma ID lain sebelum ini dan takut untuk memilih satu lagi untuk rumah baharu saya. Saya amat bertuah kerana memilih Box Design Studio. Anda tidak perlu bimbang tentang perkhidmatan pasca jualan. Lucas membetulkan semua kesilapan, walau sekecil manapun. – Joanne Wee Kepakaran Reka bentuk bertemakan klasik, kontemporari, minimalis dan industri Laman Web Instagram boxdesignstudio_sdnbhd Alamat VO5-07-06, tandatangan 1, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100, 55100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Telefon 03-2711 4047 BACA 5 hiasan dinding DIY mudah untuk ruang tamu yang estetik 8. PINS Studio, Selangor © PINS Studio PINS Studio adalah pakar dalam reka bentuk dalaman, seni bina dan hiasan rumah dan disokong oleh sekumpulan profesional berkemahiran tinggi yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk reka bentuk yang yang penuh nilai estetika dan fungsi. Pendekatan dan keupayaan kolaboratif mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai projek memastikan hasil yang hebat untuk pelanggan mereka. Cita-cita mereka ialah mencipta reka bentuk dengan gaya hidup, serta reka bentuk hiasan dalaman – sama ada dapur, deko bilik kecil, bilik tidur, tandas – yang minimum dan halus. Berikut adalah maklum balas mengenai PINS Studio Tiada tempat lain lagi yang boleh memahami apa yang kami sebenarnya inginkan. PINS Studio boleh mengubah idea-idea semula jadi anda menjadi realiti, dengan kesederhanaan dan gaya yang mencerminkan diri dan hubungan anda dengan ruang kediaman kehidupan. Saya boleh menjamin bahawa semangat, kreativiti dan visi mereka adalah sebab utama saya tidak pernah mencari perunding reka bentuk yang lain  – Jym Kepakaran Reka bentuk bertemakan Zen dan minimalis Laman web Instagram Alamat D 3-3, Pusat Komersial Parklane, Jalan SS 7/26, Pusat Komersial Parklane, 47301 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-7865 6009 / 014-3644 551 9. Nu Infiniti, Selangor © Nu Infinity Nu Infinity menawarkan pendekatan “avant-garde†untuk proses reka bentuk – suatu pendekatan pelbagai jenis konsep, praktikal, kebolehkerjaan dan berwawasan. Ini mencerminkan pemikiran reka bentuk anggun dengan unsur moden dan bergaya, hebat bagi mereka yang mengagumi keberanian. Apa yang kami gemar mengenai Nu Infinity adalah ia bukan hanya sebuah firma reka bentuk hiasan dalaman yang semata-mata memberi tumpuan kepada reka bentuk yang terbaik untuk pelanggan mereka, mereka juga terkenal dengan tanggungjawab sosial korporat mereka – memberi ceramah, latihan dan menderma bahan dan peralatan yang tidak diingini melalui saluran yang betul. Kepakaran Reka bentuk bertemakan konsep, moden dan industri Laman web Instagram nuinfinity Pelanggan terkenal BMW, MINI, Mon Cheri, Cassey Gan Alamat 57-1, Jalan PJS 1/50, Pjs 1, 46150 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-387 5858 10. Matthew Lim Associates – MLA, Kuala Lumpur © Matthew Lim Associates Firma ini terkenal sebagai kurator ruang yang menampilkan keseimbangan bentuk dan fungsi di sekitar Asia. Matthew Lim seperti penulis hebat yang berkarya melalui reka bentuk hiasan dalaman, mewujudkan identiti tersendiri dalam semua projek reka bentuk. Contoh reka bentuk yang kekal lama adalah beberapa restoran terkenal seperti The Other Half Cafe di The Greens Residence, TTDI, Malaysia dan Suntara Garden Bar di Vientiane, Laos. Selain daripada reka bentuk hiasan dalaman, mereka juga menyediakan penjenamaan, skematik dan pembangunan reka bentuk, konsep, perancangan ruang dalaman, dokumentasi reka bentuk dalaman terperinci, kawalan kos dan jadual, penyeliaan tapak, dan perkhidmatan komunikasi reka bentuk kepada pelanggan mereka. Kepakaran Reka bentuk bertemakan retro, moden dan minimalis Laman web Instagram matthewlimassociates Pelanggan terkenal San Francisco Coffee, Tealive, Santan, Diamond & Platinum, Coffee Alamat Strata Office, Menara 1, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur Telefon 03-2202 2188 11. Sachi Design, Selangor © Sachi Design Pereka dalaman ini mempunyai pengalaman hampir sedekad dengan ciptaan ruang komersial yang unik. Mereka mencipta ruang berdasarkan kehendak dan keperluan pelanggan, sama ada reka bentuk balkoni, ruang legar atau bilik tidur utama rumah teres, atau bilik pameran. Firma ini memenangi pelbagai anugerah dan bukan sahaja mahir dalam reka bentuk hiasan kediaman rumah, tetapi juga mempunyai beberapa pelanggan korporat yang besar seperti Mercedes Benz, SP Setia, Hunter Douglas dan banyak lagi. Kepakaran Reka bentuk bertemakan minimalis dan kampung Laman web Instagram Pelanggan terkenal Mercedes Benz, Buffalo, SP Setia Alamat 4-2, Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-6150 5018 BACA 8 tips beli cat rumah yang anda patut cuba 12. WO Atelier, Kuala Lumpur © WO Atelier Walaupun mempunyai hanya empat tahun pengalaman dalam industri, pendatang baharu ini telah mendapat sambutan hebat daripada semua pelanggan mereka kerana keupayaan menggabungkan personaliti ke dalam ruang yang kosong. Pereka firma ini mempunyai lebih daripada lapan tahun pengalaman dan berjaya dalam pelbagai projek-projek dari konsep awal, perabot dan pemilihan barang hiasan, bahan hiasan, dan banyak lagi. Pelaksaaan projek dilakukan dengan tepat, profesional dan secara terperinci. Berikut adalah maklum balas mengenai WO Atelier Kami mahukan sebuah rumah yang selesa dengan suasana hotel 5 bintang di dalamnya, bersih dengan sentuhan anggun dan kelas. Kami juga mahu sebuah rumah yang minimalis dengan sistem storan yang hebat. Mencapai objektif ini dengan keluasan 600 kaki persegi dan 1 bilik tidur amat rumit. Namun, WO Atelier memberikan kami segalanya. Rumah yang selesa seperti hotel 5 bintang, ringkas dengan reka bentuk yang moden dan minimalis. Storan juga banyak! Kami suka sentuhan peribadi di setiap sudut rumah. Reka bentuknya hebat, menjangkau imaginasi kami. Lebih mengagumkan adalah usaha mereka yang gigih ketika bekerja. Oleh kerana kekangan logistik, banyak perkara yang kami tidak dapat lakukan sendiri. Wayne banyak membantu dan menyiapkan kerja yang menakjubkan, walaupun kadang-kadang bukan dalam bidang kerjanya. Terima kasih WO Atelier kerana membuat rumah impian kami menjadi kenyataan. – Nirna Fairuzati Kepakaran Reka bentuk bertemakan kontemporari dan Scandinavia Laman web Instagram wo_atelier Pelanggan terkenal Gloria Jean, Jamaica Blue Fine Coffee Alamat Block A1-5-2 , Arcoris Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur Telefon 03-2712 0834 13. Nevermore, Pulau Pinang © Nevermore Nevermore adalah firma reka bentuk hiasan dalaman yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang mengkhusus dalam projek kediaman dan komersial di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Syarikat ini berpangkalan di Pulau Pinang dan adalah pakar dalam mewujudkan ruang yang menakjubkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, termasuk mereka yang gemar reka bentuk dan konsep dalaman yang hebat. Mereka menawarkan segala perkhidmatan yang anda perlukan dari sebuah firma reka bentuk hiasan dalaman – reka bentuk, kejuruteraan, pengurusan projek, perancangan bandar, seni bina, landskap, reka bentuk hiasan dalaman dan penjenamaan. Berikut adalah maklum balas mengenai Nevermore Bekerja dengan Nevermore memang bagus. Yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan reka bentuk yang hebat. Dia dapat melihat gambaran keseluruhan dan cenderung kepada butiran dalam konteks ini. Kemahiran komunikasi beliau sangat baik dan kami telah bertukar beratus-ratus mesej dan gambar. Saya juga kagum dengan tahap profesionalisme Yang dan pihak kontraktor. Yang paling penting, pasukan pereka melakukan kerja tepat pada masanya, dan projek tidak melebihi anda mencari pereka yang pintar, berkualiti tinggi dan unik yang anda boleh anda percayai, saya syorkan Nevermore. – VoonChung Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan minimalis. Laman Web Instagram nevermoregroup Alamat 306d, Jalan Burma, 10250 George Town, Pulau Pinang Telefon 019-473 1919 14. Apieceofart, Selangor © Apieceofart Firma ini menggabungkan reka bentuk kreatif dan idea inovatif dengan sentuhan profesional yang mahir untuk memberikan pengalaman kehidupan terbaik untuk pelanggan. Selain reka bentuk ruang yang indah, mereka juga menggabungkan seni dan fungsi. Tidak kira sama ada anda sedang mencari nilai estetika ‘Pejabat Akhbar Amerika pada tahun 1960-an’ atau unsur reka bentuk Scandinavia di rumah anda, mereka boleh melakukannya. Syarikat ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk perundingan untuk bekalan bahan binaan dan seni bina. Kepakaran Reka bentuk bertemakan retro dan kampung Laman web Instagram apieceofartspace Alamat Tiong Nam, 9, Jalan 51/203A, Kawasan Perindustrian, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-909 3488 15. SQR Interior Architecture, Johor © SQR Interior Firma reka bentuk hiasan dalaman dan seni bina ini terlibat dalam pelbagai projek yang memenangi anugerah dan memenuhi keperluan semua pemilik hartanah. Mereka mempunyai portfolio yang luas, termasuk idea untuk bilik tidur kecil, serta hiasan ruang tamu kecil dan besar yang anggun. Rahsia mereka ialah pasukan yang komited dan terlibat di setiap peringkat sesuatu projek. Syarikat ini juga menghargai kolaborasi dan percaya bahawa pendekatan ini boleh menghasilkan kerja yang memenuhi kehendak pelanggan mereka. Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan kontemporari Laman web Instagram sqr_design Pelanggan terkenal Mamee, JS Group, CabNet Alamat 289a, Jalan Sutera 1, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor Telefon 014-394 3995 BACA Apa yang anda perlu tahu mengenai servis pembersihan rumah profesional di Malaysia 16. InD’finity Design, Kuala Lumpur © Ind’finity Design Firma ini terkenal dengan projek komersial dan mempunyai pengalaman lebih dari satu dekad dalam industri ini. Mereka menawarkan khidmat reka bentuk hiasan dalaman dan pengubahsuaian rumah, termasuk lakaran, kerja tanah, pengalaman tapak kerja dan berurusan dengan pembekal, serta pelbagai ruang perniagaan di seluruh Malaysia. Darren Gan, pencetus idea untuk firma Ind’finity, juga telah mengembangkan perniagaannya ke negara lain seperti Dubai, Kemboja, India, Abu Dhabi dan Oman. Firma yang memenangi pelbagai anugerah ini juga disokong oleh sekumpulan pereka dalaman yang mahir dan bersemangat. Tidak kira sama ada rumah teres, pejabat korporat atau hanya hiasan dalaman rumah, mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan ruang anda lebih menarik. Berikut adalah maklum balas mengenai Ind’finity Design Perkhidmatan Ind’finity adalah sempurna. Pekerja mereka terlatih dan meluangkan masa untuk mendengar dan menyelesaikan masalah saya. Selain itu, mereka juga amat sopan dan banyak membantu. Cadangan mereka sesuai dengan cita rasa saya. Memang berbaloi, saya beri Ind’finity 5 bintang! – Young Concept Condo Kepakaran Reka bentuk bertemakan kampung, minimalis dan kontemporari Laman web Instagram indfinitydesign Pelanggan terkenal Herbalife, Quotepro International Corporate, Boustead Travel Services Alamat Blk A, A-3A-3, Menara Uncang Emas,, Jalan Loke Yew, 55200 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Telefon 011-5921 8665 17. Prestige Home Avenue, Kuala Lumpur © Prestige Home Avenue Firma ini agak baharu dalam industri dan namanya makin harum kerana projek kreatif dan inovatif mereka. Mereka percaya bahawa semua orang mempunyai cerita dan idea tersendiri. Tugas mereka adalah untuk membantu menyampaikan cerita dan mengubahnya menjadi reka bentuk impian. Prestige Home Avenue menawarkan pelbagai reka bentuk hiasan dalaman peribadi dan perkhidmatan seni bina, untuk menjadikan rumah dan pejabat impian secara profesional tanpa bajet yang keterlaluan. Walaupun firma ini berpangkalan di KL, mereka mempunyai pejabat di seluruh negara. Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan kontemporari Laman web Instagram prestigehomeavenue Alamat Blok V02-06-02 Lingkaran SV, Jalan Peel, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur Telefon 03-9201 7777 18. Todo Design, Kuala Lumpur © Todo Design Firma ini berpangkalan di Cheras dan mempunyai pasukan yang pakar dalam bidang reka bentuk seni bina dan hiasan dalaman. Mereka adalah kurator ruang yang bergaya, sesuai dengan gaya hidup pemilik hartanah. Selain itu, Todo Designs menggabungkan reka bentuk yang bergaya ke dalam karya mereka untuk memastikan ruang yang unik dan kontemporari. Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet. Pasukan mereka sentiasa berusaha untuk mereka bentuk rumah impian anda tanpa kos yang keterlaluan. Kepakaran Reka bentuk bertemakan Scandinavia dan kontemporari Laman web Instagram Alamat 15, Jalan Suasana 5/3, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Telefon 03-9547 4897, 012-331 8314 19. Line2pixels, Kuala Lumpur © Line2pixels Firma ini menawarkan kepelbagaian dan kecekapan dalan projek yang menakjubkan sejak penubuhannya lima tahun yang lalu. Kesederhanaan dan kehalusan adalah kepakaran mereka, sesuai untuk pemilik rumah yang ingin menggabungkan reka bentuk hiasan dalaman Scandinavia dan minimalis untuk rumah mereka. Mereka amat teliti mengenai keperluan ruang, nilai estetika reka bentuk dan kebolehupayaan produk mereka, dan hanya menggunakan bahan terbaik dan berkualiti untuk pelanggan mereka. Berikut adalah maklum balas mengenai Line2pixels Pemilihan warna yang tepat, mampu melaksanakan kerja tepat seperti lakaran, fleksibel membantu menyelaras kerja pembetulan DLP, banyak nilai tambahan pada akhir projek. Semua ini ditawarkan oleh Line2pixels. Amat seronok berurusan dengan Encik Pui yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahan, reka bentuk dan praktikal. Amat mudah untuk membiarkan segala kerja kepadanya kerana dia amat terperinci untuk menepati kehendak pelanggan. Memang berbaloi mengambil khidmat mereka – siap dengan pembersihan percuma 3 kali pada masa yang berasingan untuk memastikan anda berpindah ke rumah yang bersih. – Laang Shyh Kepakaran Reka bentuk bertemakan bersih dan minimalis Laman web Instagram line2pixels Alamat A-7, 2, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-6151 6496 BACA 5 perkara yang pereka hiasan dalaman takkan buat untuk dapur kecil 20. Mieux Design, Selangor © Mieux Deisgn ‘Mieux’ maksudnya ‘terbaik’ dalam bahasa Perancis, mesej utama firma reka bentuk hiasan dalaman ini. Mieux Design berlandaskan satu prinsip utama iaitu menyediakan penyelesaian dan idea terbaik untuk reka bentuk hiasan dalaman. Mereka berbangga dengan pasukan pereka yang sangat berbakat dan berkelayakan tinggi, memberikan hasil yang menonjol dan menunjukkan ketulenannya melalui fungsi dan reka bentuk. Falsafah mereka untuk mewujudkan ruang yang seimbang dan harmoni untuk rumah juga tidak takut menghadapi pelbagai cabaran. Pasukan Mieux menganggap bahawa semua cabaran membuka peluang untuk mencipta reka bentuk yang lebih unik. Berikut adalah maklum balas mengenai Mieux Design Saya telah memberikan kepercayaan penuh saya kepada Isaac, Sheila dan pasukan mereka selepas perbincangan pertama. Mereka bersemangat, bertimbang rasa, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab. Mereka membuat kerja susulan dengan teliti dan segera semasa keseluruhan projek. Kawan-kawan saya memberi pujian melambung kepada reka bentuk mereka dan memberitahu saya bahawa ini adalah pelaburan terbaik saya, dan saya bersetuju. Terima kasih kerana kerja anda yang hebat. Teruskan! – Shin Yen Kepakaran Reka bentuk bertemakan moden and minimalis Laman web Instagram mieuxdesign Alamat 40-1, Jalan Dataran Cheras 2, Dataran Perniagaan Cheras, 43200 Balakong, Selangor Telefon 011-1681 3419
inidapat mengelakkan perbalahan dengan tuan rumah di akhir tempoh penyewaan rumah kediaman. 3.7.4 Perjanjian penyewaan perabot hendaklah dibuat di antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat Pembekal dan bukan atas nama individu pegawai berkenaan. Ketua Perwakilan akan mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian penyewaan perabot.
Rumah kecil tapi cantik adalah impian ramai orang. Ia adalah cara terbaik untuk melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk dan menikmati ketenangan alam semula pertama untuk membina rumah yang kecil tetapi cantik adalah dengan mencari tapak yang sesuai dan kemudian mendapatkan arkitek atau pereka di atas kapal. Anda perlu meluangkan masa untuk meneliti perkara yang anda mahukan, apa yang anda perlukan dan berapa kedua ialah menyediakan pasukan pembinaan anda, yang termasuk pembina, tukang paip, juruelektrik dan banyak lagi. Anda juga memerlukan peralatan seperti mesin, alatan dan bahan. source Copper House ialah pondok pantai mewah yang dibalut dengan loyang. Ia datang dengan bahan berkualiti tinggi, kemudahan yang digilap dan banyak ciri mewah. Reka bentuknya minimalis dan memberi tumpuan kepada elemen hanya 60 m2, rumah itu dianggap kecil mengikut piawaian Australia. Ia sebenarnya padat dengan semua keperluan dalam pakej penjimatan ruang yang ringkas dan digabungkan dengan baik ke dalam tapak keras yang curam. source ini mempunyai halaman Pintu berkembar membuka ruang tamu ke taman yang subur dengan ruang yang jauh dari dinding penahan bertentangan. Rumah itu terletak empat meter jauhnya sebelum ini, dan ini merangkumi perasaan tertutup di dalam halaman Rumah Kecil source orang tidak mampu tinggal di rumah yang kecil. Tetapi kini, orang ramai lebih terbuka kepada idea untuk tinggal di rumah kecil. Sebabnya ialah mereka boleh menemui banyak rumah kecil yang cantik yang direka oleh ini akan membincangkan faedah tinggal di rumah kecil dan cara mereka tinggal di rumah kecilJejak yang lebih kecil pada alam sekitarLebih murah pada cukai dan kos penyelenggaraanLebih berpatutan daripada membeli atau menyewa apartmen atau rumah besar source bentuk di Tiny Heirloom adalah contoh utama minimalisme yang dibawa ke tahap yang lain. Teres atas bumbung hanyalah satu contoh reka bentuk optimum hotel. source oleh Clara da Cruz Almeida ialah rumah boleh lipat yang datang sebagai kotak dan boleh dibuka ke pangsapuri umum. source Cottage adalah penting dari segi sejarah kerana saiznya yang menawan. Mereka juga satu-satunya kabin asal yang masih didiami di Chicago. Menurut Perkhidmatan Taman Negara, bangunan itu berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan rumah mereka dalam Kebakaran Chicago Besar. Hari ini, ia adalah mercu tanda yang dilindungi oleh undang-undang bentuk rumah kecil boleh menjadi rujukan kepada anda yang ingin memiliki rumah kecil yang Rumah Kecil source untuk menggunakan beberapa permaidani untuk memberikan tempat anda rasa panjang dan ruang. Ini adalah cara yang bagus untuk menjadikan bilik kecil kelihatan lebih besar dengan mengalihkan perhatian mata daripada sebarang jalan gunakan pelari di dapur atau ruang tamu untuk menyambungkannya antara satu sama lain. Anda boleh menggunakan permaidani besar di pintu masuk untuk mengalu-alukan semua orang masuk, atau tambahkan permaidani kecil di sudut atau lokasi lain pejabat anda untuk menambah tempat yang selesa. source bereksperimen dengan bentuk kehidupan moden yang baharu dengan mencipta sebuah kampung dan rumah impian. Garisan yang bersih, padat dan kebanyakannya skema warna putih mencipta kesederhanaan mewah yang sesuai untuk cara hidup sentimeter ruang menegak mempunyai tujuan. Cermin di dinding terbuka ke meja bawahnya ialah unit rak bersaiz pint. Di seberang bilik terdapat kaunter makan bersaiz remaja dengan TV yang dipasang di dinding. Berhampiran almari terbina dalam terdapat rak penyimpanan yang besar. source Marion ialah rumah seluas 320 kaki persegi yang telah dipaparkan dalam rancangan “Tiny House, Big Living” di Rangkaian DIY. Banyak pemikiran telah dimasukkan ke dalam cara menjadikan ruang kecil ini selesa dan berfungsi sebaik kecil tapi cantik mempunyai ruang dalaman berkonsep terbuka dengan tempat duduk cinta berwarna kelabu dan bangku yang boleh dilipat menjadi tangga. Rumah itu juga mempunyai tangga ke loteng tidur, di mana terdapat cangkuk tersembunyi untuk menyidai pakaian. source kecil cantik ini dibina dengan mengutamakan daya tarikan luar bandar, serta kemudahan mempunyai kaunter makan keluli tahan karat yang boleh berfungsi sebagai meja dan disepadukan dengan lancar ke seluruh bilik. Sinki juga adalah keluli tahan karat untuk dipadankan dengan Hiasan Dapur Moden Cantik Simple source Millennium dari Build Tiny terletak di kawasan seluas 180 kaki persegi. Terdapat banyak helah penjimatan ruang yang disertakan untuk memudahkan kehidupan yang dirancang dengan baik, seperti penyimpanan batang tirai pancuran mandian Lacey dan rel katil terbina dalam. Kegemaran saya ialah tangga hitam-putih yang boleh ditarik balik yang meluncur ke dinding apabila tidak tersembunyi diakses melalui rongga papan lantai, manakala pintu kaca gelangsar yang besar terletak di kedua-dua belah bilik. Ini membolehkan cahaya mengalir ke dalam ruang mengikut keperluan. source kecil yang dipanggil Journey by Alabama Tiny Homes ini mempunyai bilik tidur loteng dua tingkat yang menampilkan bahagian pemuatan agak besar, dengan pelbagai peralatan dan ketinggian seni bina yang baik. Warna putih yang bergaya memberikan rupa segar pada kawasan memasak. source rumah anda terlalu sempit, gambar di atas boleh menjadi idea bagaimana untuk memanfaatkan ruang terhad yang anda ada. Pelan rumah minimalis atau reka bentuk kompleks boleh digunakan untuk mencipta ruang kecil. Karya seni atau perabot boleh digunakan sebagai titik apa pun yang anda lakukan, perkara kecil yang penting, seperti memiliki rumah yang cantik dan Perabot Pelbagai Guna source rumah yang baik dan kecil boleh berfungsi dan bergaya. Ia sepatutnya sesuai dengan ruang di rumah anda serta gaya hidup anda. Berikut ialah beberapa idea perabot penjimatan ruang yang boleh membantu anda menjimatkan banyak masa dan menggunakan sedikit ruang untuk rumah kecil tapi cantik. source kecil ini menggunakan panel solar dan dapur kayu untuk memasak, pemanasan ruang, peralatan kuasa dan air mengalir. Satu faedah terakhir membina rumah kecil ialah jumlah minimum bahan yang rumah pada skala yang lebih kecil ini mengurangkan keperluan bahan daripada pembekal, yang seterusnya menjejaskan kos keseluruhan pembinaan. source source Source Idea Reka Bentuk Rumah Kecil Source Source Source kecil adalah sejenis pelan rumah di mana ruang hidup jauh lebih kecil daripada bahagian luar. Pelan rumah jenis ini menipu fikiran anda untuk memikirkan rumah itu lebih besar daripada yang Membuat Rumah Kecil yang CantikPastikan anda mengetahui berapa banyak cahaya semula jadi yang akan diperolehi oleh rumah anda. Banyak rumah kecil tidak mempunyai dengan saiz rumah anda. Jangan cuba menjadikan rumah kecil menjadi ruang yang besar dengan sesak ruang. Buat rancangan dan berpegang padanya. Anda tidak akan dapat memanfaatkan ruang sepenuhnya jika anda sentiasa mengalihkan bentuk rumah anda supaya bilik mengalir bersama akan membuka ruang dan menjadikannya lebih lebih banyak idea menghias rumah kecil tapi cantik di blog kami. Cari inspirasi dengan melihat idea imej yang kami kumpulkan. Kami akan sentiasa mengemas kini idea reka bentuk rumah, jadi pastikan anda menyemak semula blog kami.
Menghasilkankarya mengikut kreativiti sendiri. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali rumah ibadat bagi agama Islam. Penerapan Nilai : Kerjasama, Semangat, Keberanian, Peka, Keyakinan dan Ketekunan. Alat Bantu Mengajar : Rakaman Azan, "Slide Show rumah ibadat", Kad suku kata, Kertas lukisan, Kertas warna, Gam, Gunting dan Lembaran kerja.
Plan design rumah simple di Malaysia mempunyai beberapa jenis seperti design rumah moden simple dan design rumah kampung simple. Reka bentuk kediaman simple ini mempunyai banyak persamaan dengan konsep rumah minimalis cuma design minimalis ini tidak mempunyai barangan deko serta hiasan yang terlalu banyak. Dari segi keluasan pula rumah jenis simple ini tidak memerlukan ruang yang banyak, cukup boleh menempatkan barangan dan alatan keperluan sudah memadai, namun keluasan ini bukan ukuran kerana ia rumah bersaiz besar juga boleh mempunyai reka bentuk simple dan ringkas. Tips Membina Rumah Simple Walaupun rumah simple ini tidak memerlukan banyak ruang dan reka bentuk yang komplek, namun ia juga memerlukan beberapa perkara yang perlu diteliti agar rumah anda dibina dengan baik dan kemas. Berikut adalah beberapa tips ringkas yang anda boleh lihat dalam mereka bentuk rumah simple anda. Keadaan tanahSebelum memulakan proses membina rumah anda mestilah terlebih dahulu mengenalpasti jenis tanah di sekeliling. Ini kerana terdapat beberapa jenis tanah asal yang tidak sesuai untuk dibina paka rumah seperti tanah berbukit/tidak rata, tanah rendah, tanah paya, dan sebagainya. Untuk tanah yang rendah, anda perlulah mengeluarkan sedikit modal untuk tambak/timbus tanah agar kawasan tanah rumah anda lebih tinggi daripada jalan tar. Jika tanah lebih rendah daripada jalan tar utama, rumah anda nanti akan ditenggelami air apabila hujan lebat. Selain itu, seeloknya anda mengupah jurukur tanah untuk mengukur kawasan tanah bagi mengelakkan anda termakan tanah orang lain. Ruang asas rumahPastikan anda berbincang bersama arkitek rumah anda agar mereka bentuk dengan baik ruang asas rumah anda iaitu ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Pastikan juga bahagian atap rumah dibina dengan design yang sesuai dengan cuaca seperti musim kemarau dan musim ketujuh. Semua ini adalah antara benda asas yang penting dalam design rumah simple anda, kegagalan dalam merekabentuk dengan baik ini akan mengakibatkan anda perlu mengeluarkan modal lebih untuk baik pulih dikemudian hari. Kewangan anda Kewangan semasa anda adalah antara yang paling penting dalam proses membina rumah simple anda. Tahukah anda, dengan mereka bentuk dengan teliti plan rumah simple anda juga boleh mengelakkan poket anda daripada rugi ribuan ringgit. Ini kerana banyak berlaku dimana pemilik rumah terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk membaik pulih rumah yang baru dibina disebabkan kecuaian semasa proses pembinaan. Gambar Design Rumah Simple Berikut kami kongsikan beberapa jenis gambar rujukan untuk design rumah simple sebagai perkongsian untuk anda. Terdapat juga rujukan reka bentuk rumah ringkas moden minimalis dan juga rumah kampung ringkas. Jom sama-sama saksikan. Design Rumah Moden Simple Design rumah ini adalah berbentuk seakan minimalis yang sesuai dibina di negara beriklim Malaysia. Bahagian utama yang perlu dilihat adalah pada atap rumah moden simple ini kerana banyak masalah berpunca daripada masalah atap moden yang tidak sesuai dengan iklim Malaysia. Design Rumah Kampung Simple Berikut adalah design rumah simple versi kampung pula, rumah ini direka bentuk dengan rekaan rumah tradisional orang melayu tetapi menggunakan bahan binaan moden. Ia bagus untuk anda yang inginkan aura rumah orang zaman dulu. **Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee Akhir Kata Mempunyai rumah yang simple tapi kemas dan cantik adalah idaman bagi ramai orang yang gemarkan unsur kediaman yang ringkas dan tenang. Malah, konsep ini juga hampir sama dengan konsep kediaman minimalis yang popular dan moden. Jika anda bercadang untuk membina rumah jenis simple ini pastikan anda meneliti design rumah agar sesuai dengan iklim di malaysia yang mempunyai musim kemarau dan musim ketujuh setiap tahun. Anda berminat nak baik pulih dapur rumah anda? Boleh terus ke slot dapur basah belakang rumah. Semoga bermanfaat!
2 Rumah Adat Sumatera Barat "Gadang" takaitu.id. Rumah Adat gadang atau rumah godang adalah rumah adat Minangkabau yang hingga kini masih banyak di temui di Provinsi Sumatra Barat. Teringat bahwa kebudayaan melayu yang menyebar di sekitar Semenanjung Melaya.
Hari tu kita dah buat senarai rumah banglo mewah selebriti-selebriti kat Malaysia kan? So, kali ni apa kata kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia pulak. Asyik dengar cerita je yang rumah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik ni sangat megah dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya. Bila dah jadi nama terkenal, memang hidupnya tak berapa tenang ler sebab semuanya dipantau. Sampai cara suap nasi pun orang nak ambil gambar okay! Dah dah, tanpa membuang masa lagi, mari kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami berjaya dapatkan gambarnya dari Internet susah tau! 1 Datuk Seri Najib Tun Razak Haaa nama ni sangat femes la sekarang di segala platform dari berita TV, ke surat khabar, sampai lah laman social Facebook. Ramai betul yang masih cerita pasal Datuk Seri Najib, atau lebih dikenali sebagai Najib Razak, ni kan. Bagi yang tak tau, beliau adalah anak lelaki sulung bekas Perdana Menteri kedua kita, iaitu Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Najib Razak pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan. Memang macam-macam kes dikaitkan dengan beliau tapi kita letak tepi la dulu semua tu ya, nak jamu mata tengok rumah-rumah mewah je kali ni. Ni kira isu rumah paling top yang dikongsi online sekarang dan pada yang nak sangat tengok gambarnya, ada la ni tapi dari luar je. Kalau dapat jejak masuk, mesti lagi best kan? Mungkin la terjumpa berlian ke apa kat dalam tu! 2 Dr Mohamad Khir Toyo Khir Toyo ni adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-13. 8 tahun jugak beliau jadi Menteri Besar negeri tu dari tahun 2000 sampai 2008. Memang pernah kecoh dengan kes rumah banglo mewah yang katanye terlampau sangat mahal. Orang kata kos rumah tu memang melebihi kemampuannya, orang lain yang kata tau, bukan kitorang! Mau tak nya, rumah yang berada kat Shah Alam tu harganya hampir RM24 juta. Tengok gambar pun dah rupa macam istana tau! Sesiapa yang masih tertanya-tanya macam mana rupa rumah mewah bernilai RM24 juta ni… mari kita usha sikit. 3 Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Anak ke-5 Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013. Sekarang beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-13 sejak 11 Mei 2018. Rumah Mukhriz ni kami tak dapat nak cari harganya tapi kalau tengokkan gambar, memang terserlah kemewahannya tu. Sangat menarik susun atur dalam rumah ni dan kawasan luar tu nampak luas amat. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi-tepi swimming pool lagi! 4 Lim Guan Eng Semua dah kenal ye dengan Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kita sekarang? Kalau nak diikutkan, tak ada cerita sensasi sangat pun pasal beliau, tapi ada jugak ler khabar angin yang beliau membeli rumah pada harga yang lebih murah dari sepatutnya. Murah tak murah, masih dalam jutaan Ringgit harga rumahnya di George Town. Tak adalah cecah sampai RM5 juta pun tapi boleh tahan cantik dan grand rumahnya bila tengok dari luar. 5 Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Selangor. Gambar rumah beliau yang dikongsi di internet ni katanya berharga dalam RM16 juta, boleh tahan jugak la kan! Tengok luar rumah pun nampak grand sangat dengan rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu. 6 Tan Sri Abdul Taib Mahmud Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik di Sarawak, tapi ramai yang masih lagi cerita pasal kekayaannya. Bukan main cantik lagi rumahnya… dah macam ala-ala duduk kat Miami pulak! Pernah tak tengok rumah-rumah besar dan grand kat tepi persisiran air yang confirm-confirm ada private yacht, macam dalam cerita CSI Miami tu? Haaa macam itulah feelingnya bila kali pertama tengok rumah ni di bandaraya Kuching… tak percaya? Jom tengok kat bawah, kalau tengok video nak sampai rumah ni lagi gempak. 7 Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim ni presiden Parti Keadilan Rakyat PKR dan berkhidmat jugak sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia. Beliau memang ahli politik Malaysia yang boleh dikatakan femes sebabkan pelbagai isu dan kontroversi yang melanda beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia politik ni. Kalau bab rumah pulak, pernah keluar kenyataan yang rumah kat Bukit Segambut yang bernilai dalam juta, yang mana masa mula-mula beli dulu, harganya RM juta je. Ada orang yang pernah sampai ke rumah tu cakap yang design banglo nampak simple tapi cukup elegan dan ekslusif. Nak tengok kat bahagian dalam memang tak dapat lah buat masa ni, kecuali anda dijemput sendiri ke rumah beliau. Jadi, kalau dapat jemputan tu, jangan lah tak pergi pulak! 8 Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ikutkan beliau jadi femes sebab skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan. Dari situ jugak, keluar lah cerita pasal rumah-rumah mewah yang beliau ada. Salah satunya chalet mewah kat Janda Baik bernama Cempakasari. Katanya, kediaman tu memang bak istana kayangan. Dah lah bernilai jutaan Ringgit pastu perabot jati pulak diimport khas dari Bali. Ada jugak khabar berita yang beliau memiliki kondo mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Kitorang share je gambarnya kat bawah ni tapi sejauh mana kesahihan cerita tu, kami tak berapa pasti tau! 9 James Jemut Masing Mungkin ada yang tak berapa kenal James Jemut Masing ni, tapi kebanyakan rakyat yang tinggal kat Sarawak memang kenal. Beliau ni Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan juga presiden Parti Rakyat Sarawak PRS. Kediamannya menjadi tanda tanya sebab terlampau mewah dan duduk pulak kat tengah-tengah bandaraya Kuching. Kediaman mewah tu dibina atas tanah seluas dua ekar dan harga pulak sampai RM2 juta. Boleh tahan besar la kan kalau tengokkan gambar tu. Ada jugak tetamu dia bagitau yang bilik-bilik tidur kat bahagian atas rumah semua luas-luas, pastu karpet dan perabot-perabot kulit pulak mahal-mahal jugak. 10 Tun Dr Mahathir bin Mohamad Yang paling last sekali, kami nak share rumah salah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Siapa tak kenal dengan Tun Mahathir kan? Lejen dalam dunia politik bukan kat sini je, serata dunia dah kenal dia. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Hebat kan? Dah cipta sejarah kat tanahair, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. Nampak sangat selesa dan inviting sangat rumah beliau ni. Jom kita tinjau beberapa keping gambar yang ada ye. Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni. Mungkin lepas ni kalau ada lagi gambar yang kitorang jumpa kat internet, boleh lah buat senarai baru pulak.
. 122 328 81 264 352 115 191 221
gambar rumah di malaysia